About Us Our backgrounds

Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA) telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2013. Ladang Alam Warisan dan Kelab Memanah Serian Rimau Kajang adalah kelab gabungan yang pertama dan telah menjadi penggerak utama pertubuhan sejak awal sehingga sekarang.

Tujuan utama penubuhan badan ini pada ketika itu adalah demi menjaga kelestarian sukan memanah tradisional ini terutamanya dari segi aspek keselamatan dan KESATUAN kerana sukan ini telah berkembang luas ke seluruh pelosok negara.

Sejak awal penubuhan, PERTAMA telah banyak menganjurkan aktiviti berkaitan memanah tradisional melalui kelab-kelab gabungan PERTAMA bagi memperkembangkan lagi sukan memanah tradisional ini seperti pertandingan memanah tradisional peringkat kebangsaan, seminar, dan banyak lagi. PERTAMA juga telah menghantar atlet ke pertandingan antarabangsa bagi menimba pengalaman agar dapat dikongsi bersama pemanah-pemanah yang lain.

Selain aktiviti memanah, PERTAMA yang merupakan badan NGO telah berkhidmat dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti menghantar bantuan makanan kepada golongan memerlukan di Johor pada tahun 2013, terlibat dalam bantuan banjir di Kelantan pada tahun 2014, memberi pendidikan percuma kepada sekolah-sekolah tahfiz dan berkhidmat kepada warga emas di Yayasan Al-Jenderami.

PERTAMA telah mendapat pengiktiran dari World Horseback Archery Federation(WHAF) bagi mengembangkan sukan memanah berkuda di Malaysia. PERTAMA juga merupakan ahli HDH International Archery Association yang berpusat di Hungary. Sehingga kini, sudah terdapat lebih dari 20 kelab PERTAMA dan jumlah ahli telah mencapai lebih 500 orang.

Bulletin Facebook News Feed

Ranking Latest Ranking

Skills:

  • Strenght 50%

  • Constitution 98%

  • Dexterity 55%

  • Inteligence 100%

  • Wisdom 75%

  • Charisma 80%

Gallery Photo Gallery

Click on an album below to see more pictures

Contact Us Our contact information

 

Address : Ladang Alam Warisan, Jalan Masjid, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Seri Menanti, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Malaysia
Office : No. 36A, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Malaysia
Contact : +60388931116
Hunting Line : +60193885763 / +60129897587
Email : enquiry@pertama.org.my
Gps Coordinate : Latitude 2.715992, Longitude 102.185362

Affiliates Pertama affiliates according to state